Polis berjaya menyelamatkan 38 kanak-kanak warganegara Myanmar dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia di sebuah kilang memproses pelitup muka di Selayang pada 14 Januari lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, serbuan dijalankan kira-kira 8.30 malam oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.